- Macam mana perangai Anis semasa kanak-kanak?
Semasa kanak-kanak, Anis agak nakal dan kasar macam lelaki sikit. Suka sangat berlakon dengan budak-budak lelaki. Tapi pada masa yang sama, Anis suka juga main masak-masak dan main anak patung bersama kawan-kawan perempuan.
- Apa maksud Cuak?
Maksud ”Cuak” adalah takut sehingga membuatkan hati berdebar-debar sampai tak boleh fikirkan nak buat benda lain.
- Ini adalah pertama kali Anis berlakon. Apa yang membuatkan Anis tertarik untuk memilih Cuak sebagai drama yang pertama?
Anis tertarik untuk berlakon dalam Cuak kerana ia mempunyai jalan cerita yang menarik di samping mengetengahkan semangat kekeluargaan dan kejiranan yang tinggi.
- Apakah persamaan antara Anis dengan watak Thea?
Thea (Cuak) suka warna-warna yang terang dan suka pakai "ribbon" di kepala. Anis pun sama!
- Apa pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika menjalani penggambaran?
Pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah ketika kami menjalankan penggambaran di Sungai Besar, Kuala Selangor. Pada masa itu, lokasinya ialah di sawah padi dan jeti. Hari itu cuaca sangat panas dan terik. Walaupun kami berpuasa pada masa itu, semua yang terlibat dalam "Cuak" tetap lakukan yang terbaik untuk teruskan lakonan.
- Apa yang penonton Ceria dapat harapkan dari drama Cuak?
Adik-adik pasti akan terhibur dengan "Cuak" kerana drama ini mengisahkan kisah yang berlainan pada setiap minggu dan pastinya adik-adik akan ketawa melihat aksi kami.
- Pesanan istimewa untuk penonton Ceria dan Cuak.
Adik-adik jangan lupa saksikan Kak Anis dan lain-lain dalam "Cuak". Setiap hari Ahad, pukul 10:30 pagi hanya di Astro Ceria. Untuk Kita Aje!

- Macam mana perangai Aliff semasa kanak-kanak dulu?
Alif tidak nakal,cuma ’hyper active’. Terlalu banyak benda yang Alif nak buat pada waktu yang sama. Semua nak tahu...
- Apa rancangan TV yang paling Aliff minat semasa kanak-kanak?
Transformers, Teenage Mutant Ninja Turtle, Power Rangers, Doraemon dan Thundercat.
- Apa yang membuatkan Aliff tertarik untuk terlibat dalam drama Cuak?
Cerita yang menarik, kelakar dan selamba.
- Apa yang buatkan watak Danny menarik?
Danny seorang yang "control macho", berlagak hebat dan kononnya handsome, tapi bila tiba waktu yang mengerikan atau menggelikan, semua macho dan kehebatan Danny hilang macam itu sahaja. Berlagak macho tapi takut gelap... hehehe...
- Apakah memori paling manis atau kelakar di dalam Cuak?
Terlalu banyak, tapi berbuka puasa dan bersahur bersama-sama dengan pelakon-pelakon yang lain di dalam hutan adalah antara memori yang Alif akan ingat sampai bila-bila.
- Apakah yang membuatkan Cuak istimewa dari siri lain?
Gaya komedi yang berbeza, Alif rasa penonton akan senang terhibur dengan lagak gaya komedi para pelakon 'Cuak'. Kelaka!
- Cuba ceritakan sedikit tentang mesej yang ingin disampaikan
dalam drama Cuak kepada penonton Ceria?
'Cuak' memberi mesej betapa pentingnya keluarga dalam kehidupan. Kita perlu sentiasa letak keluarga sebagai yang paling penting.

- Apa rancangan TV yang paling Mia minat?
Mia suka Cartoon Network.
- Bagi Mia, apakah rancangan yang paling menarik di Astro Ceria?
Tom Tom Bak!
- Apa yang buatkan Mia paling cuak?
Mia sebenarnya takut gelap.
- Cuba ceritakan sikit tentang watak Camelia dan apa yang menarik tentang watak ni?
Camelia seorang yang periang, nakal dan sentiasa mengawal keharmonian keluarganya.
- Pengalaman paling seronok atau kelakar ketika penggambaran ‘Cuak’
Mia paling seronok tengok monyet lalu melintas sewaktu kami buat pengambaran di rumah api.
- Apa perbezaan Cuak dengan drama lain?
Cuak cerita yang bagus sebab ada unsur keluarga yang kuat. Lain dari yang lain!
- Pesanan istimewa untuk penonton ‘Cuak’
Jangan lupa saksikan Mia setiap Ahad jam 10.30 pagi di Astro Ceria!